• Welcome to SPORTS CENTRE
  • khidmatsukan@um.edu.my
  • 03-7967 3520
logo
logo
SEKALUNG TAHNIAH..!!!
Kontingen Universiti Malaya telah menunjukkan prestasi luar biasa bagi penyertaan pada edisi ketujuh Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026.
Dengan pencapaian tertinggi sebanyak 28 Emas 18 Perak dan 17 Gangsa telah mengatasi pencapaian terdahulu yang direkodkan pada edisi 2016 sebanyak 25 Emas. 
Beberapa rekod baru kejohanan yang melibatkan kontingen UM turut dicatatkan melalui sukan:
Olahraga 
1. Jonah Chang Anak Rigan (Lontar Peluru)
2. ⁠Shawn Roshan Singh (1500m)
3. ⁠Dyllon Thye Weng Ratchaga (Lompat Tinggi)
4. ⁠Muhammad Hazriq Cik Mat Kilau (110m Lari Berpagar)
Akuatik Renang
1. Muhammad Dhuha Zulfikry (800m Gaya Bebas)
2. ⁠Lee Wei Wen (50m Gaya Bebas)
Pasukan Olahraga, Taekwondo dan Renang unggul sebagai penyumbang pingat tertinggi kontingen dengan : 
- Olahraga : 5 Emas & 4 Perak
- Taekwondo : 5 Emas, 3 Perak & 3 Gangsa 
- ⁠Renang : 4 Emas 5 Perak & 4 Gangsa
Selain itu, pasukan Bola Sepak UM menunjukkan prestasi luar biasa apabila berjaya merampas pingat Emas temasya pada perlawanan akhir bertemu juara bertahan UiTM. Pasukan Bola Sepak UM juga turut dinobatkan sebagai Johan Piala Menteri Pendidikan Tinggi 2026 serta Anugerah Pasukan Terbaik Lelaki pada Majlis Penutup SUKIPT 2026. 
Keseluruhan pencapaian kontingen UM pada SUKIPT 2026 ini membuktikan keupayaan pengurusan Pusat Sukan dalam merancana program berprestasi tinggi dengan sokongan kuat dari pengurusan tertinggi Universiti Malaya. 
Teruskan perjuangan #TeamUM, perjalanan ini tidak terhenti di sini. SUKIPT 2028 UM akan terus memberikan saingan yang lebih hebat. 
Terima kasih Kontingen UM..!!

Highlights