Pusat Sukan dan Pengurusan Tertinggi Universiti Malaya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat berjuang kepada semua pelajar Universiti Malaya yang telah terpilih untuk mewakili Malaysia di Temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Penyertaan kalian di pentas Asia merupakan satu kebanggaan besar buat Universiti Malaya dan seluruh warga
#TeamUM.
Bawalah semangat, disiplin dan jati diri sebagai seorang mahasiswa UM dalam mengharumkan nama Malaysia dan Universiti Malaya.
Berjuang dengan penuh semangat
Kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga
Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kekuatan dan mencapai kejayaan yang membanggakan.
Selamat berjuang, wira dan wirawati negara!
Malaysia Boleh!